Showing posts with label lenguh. Show all posts
Showing posts with label lenguh. Show all posts

Monday 28 August 2017

ATASI MASALAH KEBAS DAN LENGUH TANGAN

Hampir semua tempat dibadan kita boleh dibekam.

Apabila terasa sakit bekam di tempat yang sakit itu.

InshaAllah sakit akan reda.

Contohnya bila terasa sakit dan lenguh di gangan.

Berbekamlah InshaAllah sakit dan lenguh itu akan hilang sebaik selesai berbekam.

Nak berbekam di rumah sendiri?

Set temujanji ya

www.wasap.my/60123350180/Bekam



Sunday 27 August 2017

BEKAM UNTUK TANGAN KEBAS DAN LENGUH

Biasa tak rasa kebas dan lenguh pada tangan hingga rasa menyucuk-nyucuk?
Sakit kan?
Bila dia datang masa nak tidur memang langsung tak boleh nak lelap langsung.
Rasa macam nak cabut tangan tu simpan dalam almari jap.
Tapi tak mungkin lah kan?
Cara paling cepat untuk hilangkan rasa lenguh tu adalah dengan berbekam.
InsgaAllah lepas je selesai sesi berbekam easa kebas dan lenguh tu akan hilang serta merta.
Apa yang keluar semasa sesi berbekam tu?
Biasanya bila membekam tangan yang sedang kebas dan lenguh yang akan keluar adalah darah dan air/wap.
Kadang kala terdapat juga buih juga.
Tapi yang pasti kelegaan yangteramat sangat akan dirasai selepas berbekam, InshaAllah.
Nak berbekam?
Hubungi saya melalui whatsapp di www.wasap.my/60123350180/Bekam

Monday 7 August 2017

Khasiat dan kebaikan Bekam

Menjalani kehidupan harian di Bandaraya besar seperti Kuala Lumpur memaksa kita menjadi manusia yang hidup dalam stress setiap hari.

Apa tidaknya setiap pagi berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, di pejabat berhadapan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. Waktu pulang juga perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Bayangkan pusingan ini yang kita lalui setiap hari sehinggalah kita pencen. Kasihan pada badan letih lesu semua ada.

Sesekali badan pon perlu di service, macam kereta juga. Barulah boleh meneruskan kelangsungan hidup setiap hari dengan lebih bersemangat.

Bekam adalah salah satu cara untuk service semula badan kita. Disini saya kongsikan 27 kebaikan bekam untuk badan kita;

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .

3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.

4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .

5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.

6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .

8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.

9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.

10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung

11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.

12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .

13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.

14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.

15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .

16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.

17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.

24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

25. Hilangkan stress dan tekanan

26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW

27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.




Tuesday 17 December 2013

Bekam membantu melegakan lengu-lenguh badan

Lenguh menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud tidak bertenaga atau tidak bermaya utk berbuat sesuatu; letih; lesu: Bekerja sedikit sudah ~. melenguhkan menyebabkan menjadi lenguh; melesukan; meletihkan: Mengangkat barang yg berat-berat ~ badan. kelenguhan keadaan lenguh; keletihan; kepenatan.

Tidak kira apa pun tafsiran perkataan lenguh, anda yang sering mengalaminya pasti berasa tidak selesa tiap kali menghadapi situasi itu.

Selain kaedah urutan, anda disarankan untuk berbekam terus di tempat yang berasa lenguh itu dan anda akan berasa selesa serta merta selepas sesi berbekam.

Adalah diingatkan, keadaan lenguh ini akan kembali menyerang semula di satu ketika kerana kita sebagai manusia sememangnya banyak tugasan yang perlu diselesaikan untuk kelangsungan hidup.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Friday 13 December 2013

Bekam untuk Lenguh Tulang Belakang

Kadangkala kita merasa lenguh di bahagian tulang belakang hingga ke tulang pinggul. Kesan dari itu kita berasa amat tidak selesa untuk berdiri atau duduk dengan baik lebih2 lagi ketika mendirikan Solat.

Bagi masalah lenguh tulang belakang ini, kami mengesyorkan untuk berbekam disepanjang tulang belakang dari bahu ke pinggul, In Shaa Allah kaedah ini akan membantu mengurangkan rasa lenguh dan anda akan berasa segar semula.

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...