Showing posts with label bekam kecantikan. Show all posts
Showing posts with label bekam kecantikan. Show all posts

Tuesday 2 January 2018

BOLEH KE BERBEKAM WAKTU HAID?

Soalan yang selalu sangat saya dapat.

"Saya nak berbekam tapi saya tengah haid, boleh ke?"

"Saya dengar tengah haid tak boleh berbekam?"

"Time haid tak leh bekam kan?"

Macam ni lah, sebenarnya boleh asalkan tubuh badan puan-puan tak terlalu lemah.

Kenapa saya kata tak terlalu lemah? Sebabnya saya pernah lihat wanita yang langsung tak boleh berbuat apa-apa setiap kali didatangi haid. Setiap kali haid pasti ambil MC sebab tak ada kudrat untuk bangun.

Tapi kalau puan-puan tak ada masalah macam ni boleh je berbekam.

Malah dengan berbekam akan membantu mengurangkan sakit pinggang. Rasanya kebanyakan wanita akan merasa sakit pinggang tidak banyak sedikit semasa haid.

Dan ada ketikanya akan mengganggu pergerakan kan keselesaan.

Jadi puan-puan bolehlah cuba berbekam dengan poin Bekam Sunnah kerana ianya sangat membantu dan harganya amat berpatutan.



Friday 29 December 2017

BEKAM BOLEH JADI KETAGIH?

Betul ke?

Kalau betul takut nyeeee.

Apa definasi "ketagih"?

Ketagih adalah satu rasa atau perasaan yang meluap-luap inginkan sesuatu yang bukan satu keperluan untuk diri.

Contoh paling dekat adalah perokok.

Sedar atau tidak perokok adalah seorang panagih, kerana rokok bukanlah satu keperluan malah tiada kebaikan. Namun demikian setiap hari pasti akan habis sekotak rokok. Tapi perokok pasti akan marah bila dikatakan mereka itu penagih, betul tak?

Jujur saya katakan, Bekam takkan membuat anda berperasaan sebegitu.

Perasaan ingin berbekam hanya akan muncul bila kesihatan seseorang merosot atau berasa letih dan sakit sendi.

Fungsi bekam lebih hampir dengan urut dan ubat-ubatan, yang mana kita akan mengambilnya semasa kita sakit.

Untuk sesetengah individu pula mengamalkan Bekam sebagai pencegahan dari penyakit.

Dalam situasi begini individu tersebut hanya berbekam 6 bulan sekali atau setahun sekali.

Jadi, janganlah takut untuk berbekam.

Mengapa perlu dikatakan dengansesuatu yang buruk amalan perubatan yang diamalkan oleh Rasulullan SAW. Bukankan kita dituntut untuk mengukut sunnah Baginda?


Wednesday 18 October 2017

BEKAM KECANTIKAN

Nak wajah cantik halus dan mulus kena guna skin care yang sesuai untuk kulit wajah.

Untuk korang yang ada masalah jerawat yang teruk dan kulit sensitif elakkan dari guna produk yang berchemical tinggi.

Dalam ayat mudahnya guna produk organik.

Jangan tanya jenama apa yang terbaik, banyak jenama yang terbaik ada dipasaran.

Teliti satu persatu baru beli ya.

Dalam masa yang sama boleh cuba terapi Bekam Wajah atau Bekam Kecantikan.

Bekam akan mengeluarkan darah kotor dan toksid dari bawah kulit muka.

Secara tak langsung mempercepatkan proses baik pulih wajah.

Bekam muka sangat mampu milik.

Hanya RM30 sahaja
(Cas transport ikut tempat ya, boleh jimat dengan berbekam ramai2 so korang boleh kongsi2)

Nak booking appoinment?

Boleh wasap cecepat

Confirm masa dan tarikh sehari awal ya☺

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...