Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday 25 January 2018

HALIA HERBA AJAIB PELBAGAI KHASIAT

Sebut sahaja halia saya percaya sesiapa saja kenal akan herba ini. Hampir setiap rumah ada menyimpan halia untuk tujuan rempah masakan.

Halia sinonim dengan herba untuk buang angin. Ini memang tak asing lagi, mana tidaknya bila sebut pasal angin automatik kita semua teringat akan halia la, teh halia lah, jeruk halia lah, betul tak?

Halia mengandungi;


1. Air
2. Karbohidrat
3. Serat
4. Kalium
4. Fosforus
5. Kalsium
6. Tenaga
7. Protein
8. Gentian
9. Niasin
10. Asid amino
11. Gingerols
12. Oleoresin
13. Pati minyak
14. Vitamin A, B dan C
15. Lemak
16. Asid organik
17. Minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.

(sumber wikipedia)

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.

Dari sudut kecantikan pula halia digunakan untuk menghasilkan produk kurus seperti losyen, sabun, minuman dan kosmetik. Produk yang berasaskan halia ini mendapat permintaan tinggi kerana keberkesanannya memang terbukti.

Banyakkan khasiat halia ni? Biar saya kongsikan cara mudah pengambilan halia setiap hari;

Segelas air panas
3 hiris halia (ketuk-ketuk sikit)
1/2 limau nipis
1 sdk madu

Campurkan semuanya, tunggu jadi suam dan minum. Amalkan setiap hari.

Selamat mencuba.




Friday 19 January 2018

TIPS MENGELAKKAN SAKIT PINGGANG



TIPS:
Jangan perlekehkan cara duduk anda. Untuk mengurangkan tekanan, duduk tegak dengan pinggul dan lutut kekal dalam kedudukan 90 darjah. Untuk mengelakkan anda duduk dengan malas, letakkan kaki di atas blok setinggi satu atau dua inci dan jarakkan kedudukan kedua-dua buku lali kira-kira selebar bahu.





Jika anda bekerja sambil duduk, ambil masa untuk merehatkan pinggang dan tulang belakang setiap setengah jam dengan berdiri, lakukan regangnan atau beralan beberapa minit. Latihan paling mudah yang boleh anda lakukan ialah jawab telefon dengan berdiri. 





Cara betul ketika mengangkat barang:
1. Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau kasut tumit tinggi.
2. Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.
3. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.
4. Pastikan belakang anda tegak.
5. Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.
6. Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.
7. Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.
8. Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.

Cara salah atau perlu dielakkan:

1. Jangan angkat barang yang terlalu berat.
2. Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.
3. Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.
4. Jangan angkat berat melebihi kepala.
5. Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak.
6. Agihkan berat beban. Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.
7. Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.
8. Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.

Sumber: Harian Metro, Selasa, 31 Julai 2001

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...