Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday 2 January 2018

BOLEH KE BERBEKAM WAKTU HAID?

Soalan yang selalu sangat saya dapat.

"Saya nak berbekam tapi saya tengah haid, boleh ke?"

"Saya dengar tengah haid tak boleh berbekam?"

"Time haid tak leh bekam kan?"

Macam ni lah, sebenarnya boleh asalkan tubuh badan puan-puan tak terlalu lemah.

Kenapa saya kata tak terlalu lemah? Sebabnya saya pernah lihat wanita yang langsung tak boleh berbuat apa-apa setiap kali didatangi haid. Setiap kali haid pasti ambil MC sebab tak ada kudrat untuk bangun.

Tapi kalau puan-puan tak ada masalah macam ni boleh je berbekam.

Malah dengan berbekam akan membantu mengurangkan sakit pinggang. Rasanya kebanyakan wanita akan merasa sakit pinggang tidak banyak sedikit semasa haid.

Dan ada ketikanya akan mengganggu pergerakan kan keselesaan.

Jadi puan-puan bolehlah cuba berbekam dengan poin Bekam Sunnah kerana ianya sangat membantu dan harganya amat berpatutan.



Friday 29 December 2017

BEKAM BOLEH JADI KETAGIH?

Betul ke?

Kalau betul takut nyeeee.

Apa definasi "ketagih"?

Ketagih adalah satu rasa atau perasaan yang meluap-luap inginkan sesuatu yang bukan satu keperluan untuk diri.

Contoh paling dekat adalah perokok.

Sedar atau tidak perokok adalah seorang panagih, kerana rokok bukanlah satu keperluan malah tiada kebaikan. Namun demikian setiap hari pasti akan habis sekotak rokok. Tapi perokok pasti akan marah bila dikatakan mereka itu penagih, betul tak?

Jujur saya katakan, Bekam takkan membuat anda berperasaan sebegitu.

Perasaan ingin berbekam hanya akan muncul bila kesihatan seseorang merosot atau berasa letih dan sakit sendi.

Fungsi bekam lebih hampir dengan urut dan ubat-ubatan, yang mana kita akan mengambilnya semasa kita sakit.

Untuk sesetengah individu pula mengamalkan Bekam sebagai pencegahan dari penyakit.

Dalam situasi begini individu tersebut hanya berbekam 6 bulan sekali atau setahun sekali.

Jadi, janganlah takut untuk berbekam.

Mengapa perlu dikatakan dengansesuatu yang buruk amalan perubatan yang diamalkan oleh Rasulullan SAW. Bukankan kita dituntut untuk mengukut sunnah Baginda?


Monday 21 August 2017

Motivasi - Berusaha Menjadi Yang Terbaik

"Saya bukan yang terbaik. Namun saya belajar menjadi yang TERBAIK!"

Kita semua dilahirkan kosong bak kain putih, kehidupan seharian yang mencorakkan siapa kita hari ini.

Sedar atau tidak kehidupan adalah sebuah universiti yang amat besar. Tempat kita menimba ilmu kehidupan hari demi hari untuk menjadi yang terbaik.

#Kematangan dalam berfikir untuk membezakan salah dan benar itu penting supaya kita tidak tersasar dari landasan kehidupan yang baik.

#Positif dalam menghadapi segala macam bentuk ujian dan rintangan dalam kehidupan. Seperti juga belajar di sekolah, kita pastinya akan mensasarkan yang terbaik iaitu deretan A. Begitulah juga dengan kehidupan.

#Empati perlu supaya kita sentiasa bersyukur dan sentiasa cuba memperbaiki diri dan kehidupan hari demi hari.

#Menghormati sesama makhluk membolehkan kita mendidik hati menerima kelebihan dan kekurangan.

#Memaafkan menjadikan kita yang terbaik. Memaafkan membebaskan kita dari bebanan masa lalu dan memberi ketenangan jiwa.

#Pergaulan menentukan jalan hidup kita. Nabi kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi insyaa Allah pasti suatu hari terpalit bau wangi di baju kita.

#Silaturrahim menjadikan kita terbaik di dunia juga di akhirat berdasarkan hadist;

Disebutkan dalam Shahîh al-Bukhâri dan Shahîh Muslim, dari Abu Ayyûb al-Anshârî:

أَنَّ رَجُلًا قَالَ : يا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِمَا يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ فَقَالَ النَّبِيُّ : لَقَدْ وُفِّقَ أَوْ قَالَ لَقَدْ هُدِيَ كَيْفَ قُلْتَ ؟ فَأَعَادَ الرَّجُلُ فَقَالَ النَّبِيُّ : تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ فَلَمَّا أَدْبَرَ قَالَ النَّبِيُّ : إِنْ تَمَسَّكَ بِمَا أَمَرْتُ بِهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Bahawasanya ada seseorang berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang sesuatu yang bisa memasukkan aku ke dalam surga dan menjauhkanku dari neraka,” maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sungguh dia telah diberi taufik,” atau “Sungguh telah diberi hidayah, apa tadi yang engkau katakan?” Lalu orang itupun mengulangi perkataannya. Setelah itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu pun, menegakkan solat, membayar zakat, dan engkau menyambung silaturahmi”. Setelah orang itu pergi, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika dia melaksanakan apa yang aku perintahkan tadi, pastilah dia masuk surga”.

Wallahualam.

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...